Tayangan Advokasi & Kahoot! Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

21 November 2020 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, sesi tayangan video dan Kahoot! kali ini mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Selaras dengan kempen SKMM iaitu "Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong", PIK Kg Lambir mengadakan tayangan video dan sesi kuiz Kahoot! yang berkaitan dengan tema. Dengan menjalankan aktiviti dalam masa setengah jam, seramai 4 orang ahli terlibat dalam aktiviti ini. Sesi kali ini dimulakan dengan tayangan video pendek Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong. Selepas itu, sesi Kahoot! diadakan dengan menyediakan soalan - soalan yang berkaitan dengan tema.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali